Suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Dalam Bahasa Melayu, terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan huruf vokal dipanggil Suku Kata Terbuka. Suku kata yang lain adalah Suku Kata Tertutup kerana diakhiri dengan huruf konsonan. Beberapa jenis suku kata :
(a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K
(b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas), VK + KV (anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV + KVK (bukan, dekat).
(c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V + KV (kaedah).
(d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama)
Kad Abjad |
Semasa set induksi, saya menunjukkan abjad A hingga Z dan meminta murid membaca adjad - adjad yang ditunjukkan. Tujuan saya ialah merangsang minda murid agar mereka mengimbas kembali abjad yang telah mereka pelajari sebelum ini. Murid juga menyanyikan lagu ABC supaya mereka berasa lebih seronok dan tidak tertekan semasa belajar huruf-huruf konsonan dan vokal "a".
Carta Konsonan + Vokal "a" |
2. Murid mendengar sebutan guru dan membaca bersama guru, konsonan "b" + vokal "a", contohnya "ba" dan diikuti dengan "ca", "da", "fa", "ga", "ha" dan seterusnya.
3. Murid mengeja konsonan + vokal "a" secara beramai-ramai.
4. Murid mengeja konsonan + vokal "a" secara individu.
5. Murid diberi kad suku kata KV. Selepas itu, murid mendengar suku kata KV yang disebut oleh guru. Murid menunjukkan kad suku kata KV.
6. Murid menyiapkan lembaran kerja yang diberi.
Refleksi:
Murid- murid seronok dan gembira menyanyikan lagu ABC. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk membetulkan kesilapan murid-murid ketika menyebut perkataan "f", "m", "p", "r", dan "z". Biasanya, murid-murid SJKC mempunyai masalah sebutan bagi abjad-abjad yang saya nyatakan di atas. Murid-murid melibatkan diri dengan aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka membaca dengan kuat dan lantang. Pada akhir pengajaran murid dapat menyebut konsonan + vokal "a" dengan tepat. Maka, objektif pengajaran saya tercapai dan memuaskan.
Bahan bantu mengajar yang saya gunakan berwarna-warni. Ini banyak membantu saya semasa proses pengajaran kerana murid-murid saya suka melihat kad-kad yang berwarna-warni. Warna yang menarik dapat merangsang minda mereka dan membolekan mereka lebih fokus. Selain itu, saya meminta murid membaca dan menyebut konsonan + vokal "a" selepas meneliti bentuk mulut saya. Ini banyak membantu saya dalam membimbing murid menyebut konsonan + vokal "a" dengan betul. Kelantangan suara saya juga dijadikan satu ketegasan kepada murid untuk berfokus kepada sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa gangguan suasana persekitaran.
Kelemahan:
Walaupun bahan bantu mengajar yang saya gunakan adalah menarik, tetapi bagi murid yang telah menguasai kemahiran menyebut konsonan + vokal "a", mereka berasa agak bosan kerana perlu menyebut konsonan + vokal "a" beberapa kali. Walaupun mereka tidak bising dan ganggu murid-murid yang lain tetapi saya ternampak air muka mereka yang agak bosan. Saya sedar akan kelemahan saya dalam merancang langkah pengajaran dan saya akan memperbaiki kelemahan ini.
Cara Mengatasi:
Saya akan menyediakan latihan tambahan yang mencetus minda untuk murid yang cemerlang agar mereka tidak berasa bosan. Semasa murid cemerlang membuat latihan tambahan, saya akan membimbing murid yang lemah membaca dan menyebut konsonan + vokal "a". Dengan berbuat demikian, murid yang lemah tidak akan diabaikan manakala murid yang cemerlang berpeluang menyiapkan latihan menarik yang menguji minda mereka
Video yang berkaitan:
Saya juga memaparkan video yang menarik supaya murid dapat mengukuhkan sebutan mereka sambil menonton tayangan yang menarik dan seronok. Lagu ABC ini dalam versi bahasa Malaysia. Jadi, video ini sesuai untuk mata pelajaran bahasa Malaysia.
Video di bawah pula merupakan video sesuai digunakan untuk murid membuat ulang kaji di rumah. Untuk memastikan murid mahir dan fasih dengan suku kata, murid perlu membaca berulang-ulang. Video ini memudahkan murid-murid mengulang kaji di rumah walaupun tanpa bimbingan ibu bapa.
Video yang berkaitan:
Saya juga memaparkan video yang menarik supaya murid dapat mengukuhkan sebutan mereka sambil menonton tayangan yang menarik dan seronok. Lagu ABC ini dalam versi bahasa Malaysia. Jadi, video ini sesuai untuk mata pelajaran bahasa Malaysia.
Video di bawah pula merupakan video sesuai digunakan untuk murid membuat ulang kaji di rumah. Untuk memastikan murid mahir dan fasih dengan suku kata, murid perlu membaca berulang-ulang. Video ini memudahkan murid-murid mengulang kaji di rumah walaupun tanpa bimbingan ibu bapa.
No comments:
Post a Comment